Monday, 27 April 2015

Donut Dispenser

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kita lagi pada entry kali ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang donut dispenser yang kini menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi bakery lover. 


CARA GUNA:

 MASUKKAN DOH..PASTU TEKAN..DONUT DISPENSER. IAA SEBAGAI ACUAN DONUT ANDA.

Donat yang paling sedap adalah donut yang dibuat sendiri dirumah dan dinikmati bersama keluarga tersayang !!

Dalam 3 langkah mudah membuat donat lazat di rumah tanpa bersusah payah ke kedai.

Tuangkan adunan ke dalam Acuan Donuts
Tekan  doh ke dalam minyak menggoreng ( pastikan minyak panas & banyak , api kecil )
Biarkan donat digoreng selama beberapa minit.
wahh, donut kegemaran anda sudah tersedia untuk di makan !!

Ciri-ciri:

* Donut Maker adalah peneman anda sebagai pembuat donat dirumah
* 3 langkah mudah untuk membuat donat lazat di rumah.
* Disertakan dengan rod logam untuk rintangan haba maksimum.
* Diperbuat daripada berkualiti tinggi polipropilena, 18/10 Stainless Steel dan aluminium
RESEPI DONUT:



Bahan-bahan

  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air suam
  3. 2 sudu besar mentega
  4. 6 sudu besar gula pasir
  5. 3 sudu besar susu pekat manis
  6.  1 paket yis (jenama mauripan) 
  7. 1 biji telur


Cara-Cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
  6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  7. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.)
  8. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
  9. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 





Tuesday, 21 April 2015

Gantikan Air Masak Dengan 7 Minuman Yang Sihat Ini

 Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu.

Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:

JUS OREN

Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.


TEH CHAMOMILE

Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

JUS CRANBERRY

Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.




SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

TEH HIJAU

Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.


JUS TOMATO

Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM

Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.


Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain juga

Friday, 17 April 2015

KOLEKSI CERITA LAWAK GILER


 PESAKIT JIWA DAN KOLAM RENANG

Selepas melakukan rawatan kepada pelbagai pesakit di rumah sakit jiwa, seorang doktor yang terkenal ingin mengetahui perkembangan pesakit. Suatu tengah hari, ia meminta kedua puluh pesakitnya berkumpul di dekat sebuah kolam renang yang sengaja tidak diisi air.

Doktor berseru, "Hari ini, saya ingin melihat apakah keadaan kalian sudah normal atau belum. Saya hitung sampai tiga, kalian semua masuk ke kolam renang! Jika tidak, saya akan memukul kalian."

Doktor berfikir jika mereka benar-benar menceburkan diri, bermakna mereka masih gila.

"Oke, kita mulai. Satu ... dua ... tiga ...." Sekitar lima belas pesakit langsung berlari dan menceburkan diri. Meski senang kerana ada lima pesakit yang tidak menceburkan diri, doktor berpura-pura memarahi mereka.

Doktor: "Hai kalian, mengapa tidak lari?"
Pesakit: "Maaf, Doktor, saya tidak suka dan tidak boleh berenang."
Doktor: "Kolam itu tidak dalam, kamu tidak akan tenggelam. sekarang, cepat lari!"

Empat orang pesakit akan berlari dan menceburkan diri.

"Ternyata mereka masih gila," fikir doktor. Tetapi, dia gembira kerana masih ada satu pesakit yang tidak berlari. Sambil masih berpura-pura marah, doktor mendekati pesakit yang tinggal itu.

Doktor: "Mengapa tidak lari? Tidak boleh berenang juga?"
Pesakit: "Boleh Dok."
Doktor: "Mengapa tidak lari? Sekarang, lari atau saya pukul?" (teriak doktor)
Pesakit: "Meskipun doktor pukul saya, saya tidak akan lari. Sememangnya, saya gila?"
Doktor: (Dengan wajah yang agak berseri dan menurunkan suara) "Bagus, bererti kamu sudah bertambah baik sekarang." (Untuk memastikan, doktor bertanya lagi) "Cuba jelaskan mengapa kamu tidak lari!"
pesakit: "Tidak, Dok, airnya sejuk.. saya tidak tahan mandi air sejuk."



Telinga Terbakar


Jono bertembung dengan Joni, rakan sekolahnya, di sebuah pusat membeli belah.

Jono: "Hei Joni, telinga kanan awak kenapa, sampai terbakar teruk?"
Joni: "Iya.." (Joni memegang telinganya yang sakit) "Semalam saya sedang menyeterika baju, tiba-tiba ada telefon. Refleks saya tempelkan seterika ke telinga."
Jono: "Nah, kalau seperti itu mengapa telinga kiri awak juga boleh terbakar?"
Joni: "Si pemanggil itu menelefon lagi!!"
Jono: "????"

KENCING

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun

masuk bilik air.

Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu 

toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... 

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. 

Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu

terbukak dan padam sendiri. 

Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun

berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama...
Awat


hang kencin dlm peti ais...???


NENEK DAN CUCU

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah  melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...


Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak  berdiam diri kesian pulak pada anaknya..
nak masuk campur..  tak berani...


Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot  cucu, si ayah juga bertindak menampar muka  sendiri.


Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera  berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan  penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"


Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas  perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

KISAH CACING

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama  sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik  makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya


"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik."

Kata ibunya.



Doktor di Pusat Pemulihan Mental

Seorang doktor di sebuah pusat pemulihan mental bertanya kepada seorang pesakitnya.

"Kamu ini siapa?"
"Saya?? Saya adalah Napoleon, Raja Perancis."
"Siapa yang berkata begitu kepada kamu?"
"Tuhan sendiri!"

Tiba-tiba seorang pesakit lain yang entah datang dari mana mencelah,
"Dia bohong, doktor! Saya tak pernah cakap macam tu dengan dia!"

MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat

tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama  membuka jendela dan menatap ke langit melihat  bintang-bintang.


Dengan jengkel suaminya berkata...

"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama  kita ini?"

Jawab sang istri,

"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah  selama hidup saya.


Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan  malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi.

RAWATAN KECEMASAN

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di  tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang

lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat  kursus rawatan cemas!"


Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan  tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir...

Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.


"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya   ada di sini."


KENAPA  TAK KETAWA

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak   terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai  persembahan.


Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita   yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada  apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.


Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera  bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja  persembahan pelawak2 itu selesai.


" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya  seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.


"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"

tanya gadis itu lagi.


"Tidak..", jawab wanita itu.


"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu  ketawa", gadis itu masih tak berpuashati


"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami  sendiri di khalayak ramai? " getusnya.


PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan keretaapi. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.


"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.


"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
  
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
  
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
  
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
  
"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
   
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya

Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek

saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”



Thursday, 16 April 2015

Cerita Lawak

Pelik Pelik
 -------------- 

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan..." 

Dot Pi Dot Mai.
--------------------
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. 
Salman berlari ke bawah untuk menelefon doktor tapi belum sempat dia telefon  anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai sluar.
" Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Siapa Ini?
 -------------
Seorang lelaki menelefon  hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon  lelaki tersebut. 
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!
Jururawat: "Erkkk..."

Malu Sesangat.
 ---------------------
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih. 
Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, 
wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Telur
-------
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
 "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" 
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Untuk apa kamu datang kesini?
=========================
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!" 
Maaf, saya tidak tahu.. encik" 
Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" 
Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." 
tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Kemalangan jalanraya
====================
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhuyung hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. 
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" 
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. 
Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" 
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. 
Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. 
"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?
 Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Buah Durian
===========
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... 
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" 
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" 
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" 
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
 Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


Pemilik pisau lipat
===================
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum. Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain.. "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!" 

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM 
..........................................
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM. 
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik? Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .. Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... 
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana? 
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... 
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah? 
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik.... *Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*


Sekolah
-----------
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. 
Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. 
Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah! 
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah. Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam! 
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! 
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah. 
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!! 

Dua orang kaya dan pemandunya
.................................................

 Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya. 
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." Terus dia panggil pemandunya si King Kong.
King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.
King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. 
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul" 
Orang kaya II : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau. Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?
Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, 
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!" Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke

Timbang
 ------------

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. 
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" 
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" 
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"