Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kita lagi pada entry kali ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang donut dispenser yang kini menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi bakery lover.
CARA GUNA:
MASUKKAN DOH..PASTU
TEKAN..DONUT DISPENSER. IAA SEBAGAI ACUAN DONUT ANDA.
Donat yang paling sedap adalah donut yang dibuat sendiri
dirumah dan dinikmati bersama keluarga tersayang !!
Dalam 3 langkah mudah membuat donat lazat di rumah tanpa
bersusah payah ke kedai.
Tuangkan adunan ke dalam Acuan Donuts
Tekan doh ke dalam
minyak menggoreng ( pastikan minyak panas & banyak , api kecil )
Biarkan donat digoreng selama beberapa minit.
wahh, donut kegemaran anda sudah tersedia untuk di makan !!
Ciri-ciri:
* Donut Maker adalah peneman anda sebagai pembuat donat
dirumah
* 3 langkah mudah untuk membuat donat lazat di rumah.
* Disertakan dengan rod logam untuk rintangan haba maksimum.
* Diperbuat daripada berkualiti tinggi polipropilena, 18/10
Stainless Steel dan aluminium
RESEPI DONUT:
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar mentega
- 6 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis (jenama mauripan)
- 1 biji telur
Cara-Cara
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi.
- Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
- Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
- Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.)
- Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
- Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..
Gimana cara membeli produk dispenser donat dan dimana alamat kantorny
ReplyDelete