Thursday, 16 April 2015

Sepuluh Kanak-Kanak Paling Genius di Dunia,

http://goo.gl/TMnfJ1



1. Tanishq  Matthew Abraham.

Beliau merupakan ahli termuda Mensa, sebuah organisasi yang dianggaotai oleh mereka yang mempunyai IQ yang tinggi selepas mendapat markah 99.9 peratus dalam ujian kecerdasan otak. Kanak-kanak ini akan memasuki kolej seawal usia enam tahun dan berjaya memperolehi gred purata 4.0 pada setiap semester.


2. Ethan Bortnick.

Kanak-kanak ini mempunyai bakat sebagai pemuzik, penulis lirik dan pelakon. Beliau mula bermain alat muzik ketika berusia tiga tahun dan pernah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness sebagai ahli muzik termuda yang melakukan siri penjelajahan secara solo ketika berumur 10 tahun.


3. Akim Camara.
Pemain biola termuda di Berlin ini mula menunjukkan bakatnya ketika berusia dua tahun. Dia dianggap sebagai kanak-kanak yang cepat belajar dan membuat persembahan pertama ketika berusia tiga tahun dalam konsert sempena Hari Natal pada tahun 2003.


4. Priyanshi Somani
Kanak-kanak ini mendapat jolokan sebagai ‘Kalkulator Manusia’ dari India. Beliau merupakan peserta termuda dan menjadi juara dalam Mental Calculation World Cup ketika berumur 12 tahun. Priyanshi pernah memegang rekod baharu dunia selepas menyelesaikan 10 soalan punca kuasa dua, nombor enam digit dalam tempoh 2 minit 43 saat.

5. Cameron Thompson.
Kanak-kanak ini mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik di Open University ketika berusia 13 tahun. Siapa sangka budak genius ini sebenarnya mengalami kesukaran untuk meneruskan pembelajarannya kerana autisme yang berpunca daripada sindrom Asperger.


6. March Tian Boedihardjo.
Anak kelahiran Hong Kong ini menjadi penuntut termuda memasuki Universiti tempatan ketika berumur Sembilan tahun. Dia berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Pengajian Matematik pada tahun 2011 dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat.


7. Jacob Barnett.
Bekas penghidap autism ini digelar sebagai ahli matematik Amerika. Dia memasuki Indiana University -Purdue University Indiapolis ketika berusia 10 tahun dan menyambung pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Kuantum.

8. Taylor Wilson.
Pencipta sebatian nuklear ini menghasilkan bom ketika berusia 10 tahun. Dia pernah memenangi pertandingan yang dianjurkan Intel International Scince and Engineering Fair selepas berjaya mereka alat pengesan radiasi.

9. Akrit Jaswal.
Kanak-kanak berasal dari India ini melakukan pembedahan pertamanya ketika berusia tujuh tahun sebelum memasuki universiti perubatan kira-kira lima tahun kemudian. Pada usia 17 tahun, Akrit menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang kimia gunaan dan kini sedang melakukan penyelidikan bagi mencari penawar barah.


10. Mikaela Fudolig
Dia memasuki universiti Filipina ketika berumur 11 tahun dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidng fizik kira-kira lima tahun kemudian. Beliau kini bergelar Profesor di university yang sama dan turut menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah.

Wednesday, 15 April 2015

15 Alasan Kamu Akan Suka Drama Korea

15 tahun lalu menjadi era mulai berkembangnya internet secara meluas di dunia. Pada tahun 1998,  Facebook di Amerika dan Google pada ketika masih lagi diuji sebelum di lancarkan. Wikipedia mengambil masa selama tiga tahun untuk berkembang. Kini drama Korea menjadi begitu popular di Malaysia dan tidak keterlaluan jika saya katakan di Asia menjadi fenomena dunia kini.



1. Internet

Internet adalah medium kedua yang mengembangkan  informasi tentang drama-drama Korea. Internet menjadi tempat dimana pengguna boleh menonton atau download secara percuma. Ia juga telah menjadi tempat dimana telah membocorkan siapa pelakon yang terlibat dan synopsis drama yang ingin di tayangkan.

Dengan menggunakan internet menjadikan orang ramai  mencari segala informasi tentang drama tertentu. Forum-forum netizen yang membahas mengenai setiap episod drama semakin banyak jumlahnya.




2. Jumlah episode jelas

Drama-drama Korea memiliki jumlah  episode yang pasti. Sebelum drama ini ditayangkan, produser dan sutradara sudah mengetahui jumlah episode  Jika rating drama ini bagus maka pihak produksi akan mengumumkan tambahan episode sebagai elemen kejutan buat penonton.
Jumlah episod dalam drama Korea kebiasaanya pendek, berkisar 16-20 episod. Meskipun, ada diantara drama yang mencecah 100-200 episod, disebut drama sageuk.

Drama Korea berbeza dengan sejumlah drama di Amerika yang memiliki episod panjang atau mengunnakan season, seperti season 1, season 2, atau season 3. Termasuk, sinetron-sinetron Indonesia yang cenderung memanjangkan episodnya. Drama Amerika memiliki konsep dongeng novelistik. Mereka membentuk karakter, mengeksplorasi konflik, meningkatkan ketegangan, dan kemudian konflik diselesaikan.

Drama Korea cenderung berakhir sebuah cerita dengan happy ending, atau berakhir dengan tidak bahagia namun tetap diceritakan dengan indah.

Sedangkan drama-drama Amerika, kebanyakan akhirnya tidak diinginkan penonton. Misalnya tokoh utama mati, pahlawan yang gagal membunuh musuhnya dan bersambung ke season kedua. Kesan, ceritanya seolah digantung. Sebagian penonton tidak menyukai drama akhir seperti ini.



3. Drama sageuk dibatasi maksium 200 episod

Tidak banyak syarikat produksi Korea yang berani mengambil risiko untuk membuat drama yang panjang, atau yang biasa disebut drama sageuk. Sebab, jalan ceritanya berbelit-belit. Jika tak pandai menulis cerita, maka drama sageuk akan memberi kesan yang membosankan dan akhirnya ditinggalkan oleh penonton.

Aturan primetime drama di Korea menyebutkan sebuah drama sageuk tidak boleh berlangsung lebih dari setahun. Jumlah episodnya diantara 100-200 episode. Drama sageuk di Korea biasanya menceritakan kehidupan sehari-hari, atau komedi situasi.





4. Romantis

Korea adalah juara yang  menampilkan cerita romantis. Kisah romantisnya pun diambil dari persekitaran kita, sehingga orang yang menonton merasa dekat dengan cerita itu.
Penampilan dan lakonan daripada pelakonnya  begitu sempurna, seperti adegan melamun, adegan menangis adegan kesepian, hingga adegan sakit hati. Scene-scene yang memainkan perasaan, membuat drama-drama Korea begitu popular di kalangan penonton  khususnya perempuan kerana ia lebih dekat dengan mereka.



5. Selalu ada tontonan baru

Drama-drama Korea seakan tidak pernah habisnya untuk ditonton. Episodnya yang di set pendek-pendek membuat drama ini selalu membawa elemen kesegaran di situ. Jadi  tidak  hairanlah, setiap tiga bulan sekali, industri television di  Korea selalu menyajikan judul-judul baru, baik dalam bentuk filem mahupun drama.

Pada saat anda mulai menonton drama Korea,  tidak keterlaluan jika saya mengatakan anda ingin menontonnya sampai akhir episode tanpa rasa jemu . Itu sebabnya ada diantara  pecinta Korea -drama rela berjaga  dari pagi hingga keesokan paginya demi menonton jalan cerita drama ini sampai akhir.


6. Budaya Korea

Dalam era globalisasi  pada ketika ini, mungkin anda ingin mengenali  berbagai keunikan budaya sebuah negara. Drama-drama Korea memang tidak terlepas dari pengaruh budaya luar negeri, atau western oriented. Namun, Korea drama menawarkan budaya-budaya Korea yang masih unik dan harus ditonton.

Misalnya, ada adegan dimana budaya makan bersama diperlihatkan dengan berbagai sajian khas Negeri Gingseng, seperti kimchi. Ada diantaranya  adegan hero dan heroinnyan mengenakan hanbok, pakaian tradisional Korea. Adegan cara minum di depan orang yang lebih tua dan banyak lagi daya tarikan  budaya yang boleh diketahui dari sekadar menonton drama Korea.
Selain itu, Korea juga menyajikan  setting lokasi di pelbagai tempat  yang indah di sana.






7. Artis yang persis wajah seperti di dalam komik

Hampir setiap drama Korea penuh dengan hal-hal yang indah untuk dilihat. Salah satunya adalah penampilan artis-artisnya yang sangat mirip dengan watak didalm komik dengan menyerlahkan kecantikan dan ketampanan mereka.
Misalnya, aktor Lee Jun Ki dengan matanya yang comel seperti buah almond, Lee Min Ho dengan wajah seolah – olah putera raja, Yoon Si Yoon dengan wajah sempurna.

Anda tentunya tidak melupakan beberapa drama, seperti Boys Before Flowers, To the Beautiful You, You're Beautiful, dan Flower Boy Ramyun Shop yang penuh dengan artis-artis persis watak komik.



8. Menggugat  emosi penonton

Tak peduli apapun judul dramanya, Korea drama mempunyai tujuan utama, membuat penonton merasakan 'sesuatu' .Mulai dari dialog, naskahnya, lakonannya, dan jalan cerita dramanya. Semuanya bertujuan tunggal, iaitu menggugat emosi penonton.

Drama Korea biasanya menghadirkan beberapa plot yang cukup menyedihkan. Dari awalnya anda menangis, hanya dalam beberapa saat kemudian, anda boleh  ketawa. Jadi, penonton tidak akan pernah merasa bosan kerana pelbagai mainan emosi disitu.

Dalam hiburan Barat, hal ini kadang tidak sering terjadi. Drama dan filem barat cenderung mempertahankan sejumlah plot cerita. Misalnya, plot yang menunjukkan aksi yang bertahan dari awal sampai akhir cerita , sehingga tak semuanya boleh memukul hati penonton.

Lihat saja contohnya film Korea 'A Moment to Remember.' Bagi lelaki atau wanita yang tak sedih dan menangis setelah menonton filem ini, bererti ada yang tidak kena dengan hati anda.



9. Menampilkan seharian

Drama-drama Korea hampir seluruhnya menunjukkan kisah seharian kita. Jika penulis boleh membezakannya dengan sinetron di Indonesia, terkadang hanya menampilkan kehidupan tokoh kalangan menengah atas, atau derita kalangan masyarakat bawahan yang berkepanjangan. Sehingga, jalan ceritanya di beberapa scene terasa sangat tidak masuk akal.

Ini tentu saja berbeza dengan Korea drama. Jalan ceritanya menunjukkan kisah seharian masyarakat Korea secara tidak langsung kita boleh mengenali budaya mereka.
Mulai dari budaya makan iaitu duduk di lantai ketika makan dan makan dengan menggunakan mangkuk untuk makan menunjukkan budaya masyarakat Korea itu sendiri. Selain itu budaya tidur dengan sleeping bag di lantai, dan sebagainya. Menceritakan kehidupan manusia, merupakan salah satu ciri khas drama Korea.




10. Adegan-adegan persahabatan

Rentetan dari budaya dan kehidupan  seharian masyarakatnya, ada beberapa keunikkan  yang selalu disajikan di dalam drama-drama Korea. Misalnya, budaya mengunjungi pemandian air panas bersama-sama keluarga, atau bersama kawan - kawan. Hubungan antara orang yang lebih muda begitu menghormati orang yang lebih tua juga sering ditunjukkan di sini.


11. Ketulusan

Dalam beberapa karakter drama Korea, ketulusan menjadi maksud yang  tersirat di dalam setiap jalan ceritanya. Pentingnya ikatan keluarga, kerja keras, dan perjuangan untuk mencapai kejayaan menjadi adegan wajib di industri penyiaran di Korea. Artis-artisnya pun pada akhirnya melakonkan sesuatu watak dengan berjayanya. 

Kebanyakan dari mereka benar-benar menangis, marah, dan terbawa emosi dengan karakter yang dibawakannya. Untuk alasan kesebelas ini, anda mungkin boleh menemui  setelah menonton drama 'Thank You' dan 'Heartstring.'




12. Mengubah jantina

Beberapa drama Korea menghadirkan cerita dimana tokoh utamanya mengubah jantina . Maknanya,  jika dia pada asalnya adalah seorang wanita, maka dalam drama dia akan menyamar sebagai seorang lelaki, tentunya berpakaian dan lakonannya adalah lelaki. Ini juga menunjukkan dua sisi kemampuan lakonan tokoh utama wanita.

Banyak drama Korea dengan jalan cerita seperti ini mendapat rating yang tinggi oleh penonton Asia. Beberapa judul yang penulis mencadangkan, di antaranya Coffee Prince, Painter of The Wind, You're Beautiful, dan Sunkyunkwan Scandal.
Drama jantina  ini cenderung menjadi serial komedi romantis, di sisi yang lain membuatkan penonton tidak henti ketawa.



13. Menampilkan drama sejarah

Produser-produser Barat biasanya akan menggarap filem bergenre sejarah dengan salur cerita yang kea rah yang lebih serius. Misalnya filem Abraham Lincoln, Vampire Hunter, dan Tale a Knight. Jelas, ini berbeza dengan Korea. Drama-drama sejarah Korea yang biasanya berupa sageuk menghadirkan suasana yang  baru. 

Korea senang bermain-main dengan drama sejarahnya, dikenal dengan fusi sageuk. Mereka berani memasukkan unsur humor  di dalam drama sejarahnya, sehingga penonton tidak akan merasa bosan, meskipun mereka menonton sebuah drama sejarah.

Anda biasa menonton serial 'Sunkyunkwan Scandal' dan 'Hong Gil Dong' yang akan membuat anda ketawa terbahak-bahak.





14. Dua episod seminggu

Di negeri asalnya, drama-drama Korea hanya ditayangkan dua kali setiap minggu. Ini tak sama dengan sinetron-sinetron yang ditayangkan hampir setiap hari, di Amerika, termasuk Indonesia.

Ini merupakan strategi sendiri. Sebab, produser tahu bahawa pada ketika penonton menunggu episod terbaru drama kesayangannya adalah penyeksaan yang indah. 

Jika penonton begitu menyukai drama yang mereka tonton, pastinya dia tidak akan sabar menunggu. Semakin besar rasa penasaran penonton, biasanya rating drama semakin bagus. Sehingga, jika tiba hari tayangan yang dinantikan, ada merasa puas yang berbeza.   



15. Ending  cerita yang manis

Drama Korea memang kebanyakan berakhir bahagia atau happy ending. Namun, episode terakhir dalam setiap Korea drama tetap disajikan keistimewaan episode di  awalnya.

Maknanya, drama Korea tidak sekadar berakhir dengan saling berpelukan antara dua pelakon utamanya, atau saling berciuman, atau akhirnya berkahwin, seperti cerita-cerita dongeng. Kadang – kadang, bahagian akhir versi drama Korea juga biasa disajikan dalam bentuk lain, awalnya menyakitkan, namun ternyata manis.

Dalam filem A Warewolf Boy misalnya. Akhir cerita sama sekali tidak mempersatukan dua pelakon utama. Sebab, logiknya, seorang manusia serigala tidak akan mungkin bersatu dengan manusia.

Namun, ada pertemuan manis yang terakhir kalinya terjadi antara dua tokoh utama, sehingga perpisahan mereka berakhir dengan ketulusan.




Friday, 10 April 2015

100PCS CAKE DECORATING KIT


Ingin menghias kek kesukaan anda dengan mudah?

-Decorating Cake sangat sesuai buat Anda yang ingin belajar menghias kek kesukaan anda dengan mudah,
-Dilengkapi dengan 100 alat dengan berbagai macam model dan kegunaan yang dapat membantu anda dalam menghias kek.
-Decorating Cake Kit sesuai digunakan untuk membuat kek ulang tahun, cupcake dan lain-lain lagi.
• 100 keping kit menghias + Simpanan Percuma Box
• everthing pernah anda perlu untuk menghias kek - semua dalam satu set!
• Tong penyimpanan berguna bermakna tidak lebih mencari keping hilang!
• Mudah untuk menggunakan buku petunjuk dengan idea-idea menghias membantu anda membuat kek yang menakjubkan !
• Ini 100 sekeping kek menghias set yang disewakan ini anda membuat: tali Jalinan , bunga ros, bakul menenun dan daun dan bunga - hanya untuk menamakan beberapa! .
• everthing pernah anda perlu untuk menghias kek - semua dalam satu set!




Kit termasuk:
• pisau Profil aising
• stensil Surat
• stensil Jantung
• Stensil "C"
• Pemegang Surat
• Stensil Vine / Barangan Istimewa
• Stensil Fleur -de -lis
• Kayu bunga kuku
• Aplikator
• Beg cincin penahan
• tip Petal
• tip bakul Reben
• Petua Pusingan
• tip Bintang
• Hujung Kiri
• tip Bunga
• tip rambut Rumput
• coupier Universal




Thursday, 9 April 2015

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua pembaca. Disini saya sediakan beberapa tips untuk kekal sihat dan bertenaga.. Selamat membaca...

Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan


Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.



Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.


Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.



Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.


Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.


Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.


Wednesday, 8 April 2015

KHASIAT HERBA TRADISIONAL UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Kebanyakan wanita gemar mahu kelihatan cantik secara semulajadi. Disebabkan itu, mereka sering mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kecantikan samada untuk wajah, rambut, iras jari, awet muda dan sebagainya. Malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.
Jangan terkejut kerana kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada kulit. Persoalannya ialah apakah cara paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri?
Jawapannya ada di dalam herba-herba tradisional. Walaupun generasi kini kurang peka dengan khasiat herba- herba tradisional, namun ianya telah digunakan sejak dulu lagi. Orang-orang tua dahulu sememangnya menggunakan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.
Sebenarnya, khasiat dari herba-herba tradisional seperti halia bara, lengkuas dan buah pala mudah didapati. Ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan di dalam masakan tetapi juga dijadikan merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.
Herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, halia bara, serai, limau purut, lengkuas, dan avokado pula sudah diakui setanding dengan perubatan moden. Berikut disenaraikan 7 khasiat herba yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.
  • Lengkuas
Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga. 
  • Limau purut
limau purut
Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa. 
  • Serai
batang-serai
Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
  • Minyak kayu putih
kayuputih
Minyak kayu putih dihasilkan daripada kayu putih. Ia mengeluarkan bau yang wangi dan baik untuk membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran serta tubuh dan menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. 
  • Halia
halia
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. 
  • Avokado
Buah-Avokado
Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksidan untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat membantu mengelakkan serangan sakit jantung dan kanser.
Avokado juga bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang. 
  • Daun bidara
daun bidara
Daun bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Selain itu juga, daun bidara juga baik untuk membantu merawat sihir. Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah S.A.W, tetapi ulama’ Salaf telah sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak. Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:
  1. Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya). Kemudian, baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
  2. Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi.
  3. Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Herba-herba tradisional ini sememangnya mengandungi khasiat-khasiat yang menakjubkan. Tidak hairanlah semakin ramai yang mengaplikasikan penggunaan herba-herba ini sebagai alternatif kepada produk-produk kecantikan yang ada di pasaran.
Malah, gabungan herba-herba tradisional ini boleh membantu mengembalikan kecantikan kulit, membantu mengurangkan berat badan, masalah keputihan dan juga boleh mencegah gangguan sihir dan penyakit buatan orang. Tekstur losyen yang lembut halus dan tidak melekit  menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit dan mempercepatkan proses pemulihan.
Dengan memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan.

Tuesday, 7 April 2015

RAHSIA WANITA JEPUN


TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia. Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India.


Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. 


Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.


Kedua, sajian makanan adalah kecil.


Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.


Keempat, memasak secara sederhana.


Kelima, nasi menggantikan roti.


Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.


Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.


Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.



"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi. Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).



Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika. "Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.


Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori. Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek. "Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan. "Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya. Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.



Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida. Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika. Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan. Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.



Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun. Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.


Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung. Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil. Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.


Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan. Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan. Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.


Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu. Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan. Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.


Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana. Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi. Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar. Keseimbangan yang dimaksudkan bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.



Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman. Meskipun tiada kajian saintifik dibuktikan, penyelidikan perubatan turut menyokong fakta ini


Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.