Monday 27 April 2015

Donut Dispenser

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kita lagi pada entry kali ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang donut dispenser yang kini menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi bakery lover. 


CARA GUNA:

 MASUKKAN DOH..PASTU TEKAN..DONUT DISPENSER. IAA SEBAGAI ACUAN DONUT ANDA.

Donat yang paling sedap adalah donut yang dibuat sendiri dirumah dan dinikmati bersama keluarga tersayang !!

Dalam 3 langkah mudah membuat donat lazat di rumah tanpa bersusah payah ke kedai.

Tuangkan adunan ke dalam Acuan Donuts
Tekan  doh ke dalam minyak menggoreng ( pastikan minyak panas & banyak , api kecil )
Biarkan donat digoreng selama beberapa minit.
wahh, donut kegemaran anda sudah tersedia untuk di makan !!

Ciri-ciri:

* Donut Maker adalah peneman anda sebagai pembuat donat dirumah
* 3 langkah mudah untuk membuat donat lazat di rumah.
* Disertakan dengan rod logam untuk rintangan haba maksimum.
* Diperbuat daripada berkualiti tinggi polipropilena, 18/10 Stainless Steel dan aluminium
RESEPI DONUT:



Bahan-bahan

  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air suam
  3. 2 sudu besar mentega
  4. 6 sudu besar gula pasir
  5. 3 sudu besar susu pekat manis
  6.  1 paket yis (jenama mauripan) 
  7. 1 biji telur


Cara-Cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
  6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  7. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.)
  8. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
  9. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 





1 comment:

  1. Gimana cara membeli produk dispenser donat dan dimana alamat kantorny

    ReplyDelete