Friday 17 April 2015

KOLEKSI CERITA LAWAK GILER


 PESAKIT JIWA DAN KOLAM RENANG

Selepas melakukan rawatan kepada pelbagai pesakit di rumah sakit jiwa, seorang doktor yang terkenal ingin mengetahui perkembangan pesakit. Suatu tengah hari, ia meminta kedua puluh pesakitnya berkumpul di dekat sebuah kolam renang yang sengaja tidak diisi air.

Doktor berseru, "Hari ini, saya ingin melihat apakah keadaan kalian sudah normal atau belum. Saya hitung sampai tiga, kalian semua masuk ke kolam renang! Jika tidak, saya akan memukul kalian."

Doktor berfikir jika mereka benar-benar menceburkan diri, bermakna mereka masih gila.

"Oke, kita mulai. Satu ... dua ... tiga ...." Sekitar lima belas pesakit langsung berlari dan menceburkan diri. Meski senang kerana ada lima pesakit yang tidak menceburkan diri, doktor berpura-pura memarahi mereka.

Doktor: "Hai kalian, mengapa tidak lari?"
Pesakit: "Maaf, Doktor, saya tidak suka dan tidak boleh berenang."
Doktor: "Kolam itu tidak dalam, kamu tidak akan tenggelam. sekarang, cepat lari!"

Empat orang pesakit akan berlari dan menceburkan diri.

"Ternyata mereka masih gila," fikir doktor. Tetapi, dia gembira kerana masih ada satu pesakit yang tidak berlari. Sambil masih berpura-pura marah, doktor mendekati pesakit yang tinggal itu.

Doktor: "Mengapa tidak lari? Tidak boleh berenang juga?"
Pesakit: "Boleh Dok."
Doktor: "Mengapa tidak lari? Sekarang, lari atau saya pukul?" (teriak doktor)
Pesakit: "Meskipun doktor pukul saya, saya tidak akan lari. Sememangnya, saya gila?"
Doktor: (Dengan wajah yang agak berseri dan menurunkan suara) "Bagus, bererti kamu sudah bertambah baik sekarang." (Untuk memastikan, doktor bertanya lagi) "Cuba jelaskan mengapa kamu tidak lari!"
pesakit: "Tidak, Dok, airnya sejuk.. saya tidak tahan mandi air sejuk."



Telinga Terbakar


Jono bertembung dengan Joni, rakan sekolahnya, di sebuah pusat membeli belah.

Jono: "Hei Joni, telinga kanan awak kenapa, sampai terbakar teruk?"
Joni: "Iya.." (Joni memegang telinganya yang sakit) "Semalam saya sedang menyeterika baju, tiba-tiba ada telefon. Refleks saya tempelkan seterika ke telinga."
Jono: "Nah, kalau seperti itu mengapa telinga kiri awak juga boleh terbakar?"
Joni: "Si pemanggil itu menelefon lagi!!"
Jono: "????"

KENCING

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun

masuk bilik air.

Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu 

toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... 

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. 

Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu

terbukak dan padam sendiri. 

Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun

berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama...
Awat


hang kencin dlm peti ais...???


NENEK DAN CUCU

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah  melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...


Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak  berdiam diri kesian pulak pada anaknya..
nak masuk campur..  tak berani...


Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot  cucu, si ayah juga bertindak menampar muka  sendiri.


Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera  berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan  penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"


Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas  perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

KISAH CACING

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama  sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik  makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya


"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik."

Kata ibunya.



Doktor di Pusat Pemulihan Mental

Seorang doktor di sebuah pusat pemulihan mental bertanya kepada seorang pesakitnya.

"Kamu ini siapa?"
"Saya?? Saya adalah Napoleon, Raja Perancis."
"Siapa yang berkata begitu kepada kamu?"
"Tuhan sendiri!"

Tiba-tiba seorang pesakit lain yang entah datang dari mana mencelah,
"Dia bohong, doktor! Saya tak pernah cakap macam tu dengan dia!"

MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat

tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama  membuka jendela dan menatap ke langit melihat  bintang-bintang.


Dengan jengkel suaminya berkata...

"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama  kita ini?"

Jawab sang istri,

"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah  selama hidup saya.


Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan  malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi.

RAWATAN KECEMASAN

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di  tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang

lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat  kursus rawatan cemas!"


Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan  tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir...

Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.


"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya   ada di sini."


KENAPA  TAK KETAWA

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak   terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai  persembahan.


Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita   yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada  apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.


Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera  bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja  persembahan pelawak2 itu selesai.


" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya  seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.


"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"

tanya gadis itu lagi.


"Tidak..", jawab wanita itu.


"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu  ketawa", gadis itu masih tak berpuashati


"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami  sendiri di khalayak ramai? " getusnya.


PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan keretaapi. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.


"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.


"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
  
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
  
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
  
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
  
"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
   
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya

Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek

saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”



No comments:

Post a Comment